Abu Hurairah
radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang
menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang
paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu
kamu.”
Dia bertanya lagi:
“Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu
kamu.”
Dia bertanya lagi:
“Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu
kamu.”
Dia bertanya lagi:
“Kemudian siapa?”
Baginda
menjawab: “Ayah kamu.”[1]
Seorang sahabat
bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam
ekspedisi Jihad.
Rasulullah bertanya:
“Adakah kamu masih mempunyai ibu?”
Jahimah menjawab:
“Ya.”
Lalu Rasulullah
bersabda:
“Tinggallah
bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak
kakinya.
Di antara ibu dan
ayah, ibulah yang lebih berhak untuk menerima perhatian daripada seorang anak.
Tidak sekadar itu, ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang
ayah sepertimana terbukti melalui hadis di atas. Syurga juga terletak di bawah
kaki ibu, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis kedua di atas. Selain itu
Allah Subhanahu wa Ta‘ala juga telah mengkhususkan beberapa ayat-Nya di
dalam al-Qur’an untuk ibu. Ini tidak lain menunjukkan betapa besar dan mulia
kedudukan ibu di sisi Allah dalam peranannya melahirkan anak dan
membesarkannya
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Dan Kami wajibkan manusia
berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan
menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir
menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan
yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan
(ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman
31:14]
Dan Kami wajibkan manusia
berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan
menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.
[al-Ahqaf 46:15]
Terdapat beberapa
sebab mengapa ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang
ayah:
- Ibu terpaksa menanggung pelbagai kesusahan, sama ada dari sudut fizikal mahupun mental, dalam proses mengandung seorang anak. Allah mengkhabarkan kesusahan ini dengan firman-Nya yang bermaksud:“…ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah…” [al-Ahqaf 46:15]
-
Kesusahan ketika mengandung semakin bertambah selari dengan pembesaran janin. Kesusahan yang semakin bertambah mengakibatkan seorang ibu menanggung kelemahan demi kelemahan: “…ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan…”
-
Kesusahan ini mencapai tahap paling berat ketika hendak melahirkan anak tersebut: “…dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.” Kesusahan ini diungkap oleh Allah dalam kisah Maryam ketika beliau hendak melahirkan ‘Isa:
(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!” [Maryam 19:23]
Berkenaan kesusahan
yang amat berat saat hendak melahirkan, Abi Burdah radhiallahu 'anh
pernah melihat Ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma dan seorang lelaki dari
Yaman sedang tawaf di sekeliling Ka’bah.
Lelaki tersebut
sedang mendukung ibunya lalu mengeluh:
“Saya baginya bagaikan tunggangan yang hina.”
“Saya baginya bagaikan tunggangan yang hina.”
Lalu dia bertanya:
“Wahai Ibn ‘Umar! Apakah sudah aku balas
budinya?”
Ibn ‘Umar menjawab:
“Tidak! Walaupun setarik nafasnya (yakni ketika ibunya
sedang melahirkannya).”
4. Setelah melahirkan, ibu benar-benar memberi perhatian kepada anaknya.
Seandainya anaknya tidak sihat atau hilang
sekejap daripada perhatiannya, nescaya dia menjadi bimbang. Apatah lagi jika
anaknya dijauhkan daripadanya, seorang ibu akan teramat berdukacita sehingga
hatinya menjadi kosong, sehinggalah anaknya dikembalikan kepadanya.Kenalilah perhatian
seorang ibu terhadap anaknya berdasarkan kisah berikut daripada al-Qur’an,
ketika Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintah ibu Musa untuk menghanyutkan
anaknya (Musa) agar dia (Musa) tidak ditangkap dan dibunuh oleh
Fir’aun:
Dan Kami ilhamkan kepada
ibu Musa: “Susukanlah dia; dalam pada itu jika engkau takutkan sesuatu bahaya
mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan)
lepaskanlah dia ke laut;
dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita;
sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan Kami akan melantiknya
menjadi salah seorang daripada Rasul-rasulKami.
Setelah itu dia (Musa)
dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita
bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya
adalah golongan yang
bersalah.
Dan (ketika melihat
kanak-kanak itu) berkatalah isteri Fir’aun: “(Semoga dia menjadi)
cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya;mudah-mudahan dia berguna
kepada kita atau kita jadikan dia anak.”
Padahal mereka tidak
menyedari (kesudahannya)Dan (sepeninggalannya)
menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya dia nyaris-nyaris
menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan
hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah dia dari
orang-orang yang percaya (akan janji Allah).
Dan berkatalah dia kepada
kakak Musa:
“Pergilah cari khabar
beritanya.” (Maka pergilah dia) lalu dilihatnya dari jauh sedang orang ramai tidak
menyedarinya.
Dan Kami jadikan dia
(Musa) dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak
menyusukannya; (melihatkan halnya itu), kakaknya berkata (kepada isteri
Fir’aun):
“Mahukah aku tunjukkan
kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta
mereka tulus ikhlas kepadanya?”
Maka (dengan jalan itu)
Kami kembalikan dia kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinyadan tidak
berdukacita (disebabkan bercerai dengannya); dan supaya dia mengetahui
bahawa janji Allah (untuk menyelamatkannya) adalah benar; akan tetapi kebanyakan
mereka tidak mengetahui
(yang demikian itu).
[Maksud surah al-Qasas 28:7-13]
5. Sekalipun
dengan segala pengorbanan ibu daripada saat mengandung hinggalah kepada
membesarkan,seorang anak lazimnya
akan lebih cenderung untuk meremehkan ibunya berbanding ayahnya. Faktor penyebab
adalah sama ketika menjelaskan bab sebelum ini berkenaan mengapa ibu dikhususkan
daripada ayah dalam larangan menderhaka. Sifat kewanitaan seorang ibu yang lemah
lembut dan peranannya yang “hanya di rumah” menyebabkan sebahagian anak-anak
tidak menghormati ibu mereka dan justeru melecehkan tuntutan berbuat baik
kepadanya.
Lima sebab di atas,
paling kurang, menjelaskan mengapa Allah dan Rasul-Nya mengkhususkan seorang ibu
di atas seorang ayah. Malah hadis yang asal dalam perbincangan ini memberi hak
tiga kali ganda lebih besar kepada seorang ibu berbanding seorang ayah. Oleh itu
dalam rangka berbuat baik kepada ibubapa, hendaklah kita memberi perhatian dan
keutamaan kepada ibu.
Mengambil iktibar
daripada kisah para sahabat Rasulullah, seorang lelaki pernah bertanya kepada
Ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma,
“Saya
meminang seorang wanita tetapi dia menolak pinangan aku. Setelah itu datang
orang lain meminangnya lalu dia menerimanya. Saya menjadi cemburu kepadanya dan
saya membunuhnya. Apakah ada taubat untuk saya?”
Ibn ‘Abbas bertanya:
“Apakah ibu kamu masih hidup?”

