12 rabiulawal , tarikh kelahiran nabi Muhammad S.A.W yang sangat kita cintai.. insan mulia yang telah banyak berkorban untuk Islam, agama yang diredhai ALLAH swt dan dianuti oleh kita sekalian umat manusia akhir zaman ini. lahirkanlah rasa cinta walau sedikitpun kepada insan mulia ini. lahirkan walau sedikitpun kerinduan kepada insan yang digelar al amin ini. selawatlah walau sesibuk mana pun kita.. kerana sesungguhnya tidak terduga rasa cinta Rasullullah SAW kepada kita. Ya Allah, terima kasih kerana menghadiahkan kami insan yang sangat mulia ini . insan yang menerangi kehidupan kami dengan sunnahnya. insan yg membuat kami terharu dengan perjuangannya berdakwah untuk menegakkan ajaran agam islam yg suci.. Ya Allah ,tempatkanlah kami di syurga agar kami dapat hidup bersama dengan rasullulah yg kami cintai. amin.