Friday, May 11, 2012

HATI BAIK VS TUTUP AURAT
Anak muda di hadapan saya terus mengasak saya dengan hujah-hujah logiknya. Senang melihat anak muda yang berani dan berterus-terang begitu. Hujahnya tajam dan menikam. "Tidak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik, " tegasnya.
"Saya kenal beberapa orang wanita yang menutup aurat... perangai mereka ada yang lebih buruk berbanding wanita yang tidak menutup aurat," tambahnya lagi.
Saya diam melihat dia berhujah dengan akal dan pengalaman. Namun pengalamannya agak terbatas. Berapa ramai wanita yang dikenalinya dalam usia semuda itu? Dan akalnya juga terbatas – aqal perlu dirujuk kepada naqal. Mesti memahami prinsip ilmu wahyu terlebih dahulu, kemudian barulah kita bebas menggunakan fikiran dan pengalaman tanpa terbabas.
"Sebenarnya, apa yang cuba awak sampaikan?" tanya saya lembut.
"Saya nak tegaskan bahawa wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat."
"Justeru, wanita yang jahat itu ialah wanita yang menutup aurat?" jolok saya melayan pola logiknya berfikir.
"Er, er, bukan begitu. Maksud saya, baik atau buruknya perangai seseorang wanita tidak bergantung pada pakaiannya, samada dia menutup aurat atau tidak."
"Apa ukuran awak tentang nilai kebaikan seorang wanita?" kilas saya tiba-tiba.
"Jujur, terus-terang, pemurah, lemah-lembut..."
"Itu sahaja?"
"Ya. Pada ustaz pula apa ukurannya?"
"Kita hanya manusia. Akal kita terbatas. Ukuran dan penilaian kita juga pasti terbatas. Jika diserahkan kepada manusia mentafsir apa itu kebaikan, akan celaru dibuatnya."
"Mengapa?"
"Kerana setiap manusia ada jalan berfikirnya sendiri. Saya bimbang nilai kebaikan akan menjadi suatu yang relatif dan subjektif, padahal kebaikan itu juga seperti kebenaran... ia suatu yang objektif dan mutlak, " akui saya terus-terang.
"Habis, untuk apa kita diberi akal? Kita harus rasional dan logik!"
Saya cuba senyum lantas berkata, "akal perlu tunduk kepada penciptanya, Allah. Fikiran mesti merujuk kepada Al Quran dan Hadis. Itu kan lebih tepat... ilmu kita terbatas, ilmu Allah Maha Luas."
"Jadi akal kita untuk apa?" desaknya lagi.
"Untuk memikirkan apa hikmah kebaikan yang telah ditentukan Allah dan bagaimana melaksanakannya dalam kehidupan."
"Ertinya akal kita terikat?"
"Akal kita bebas, tetapi dalam lingkungan syariat. Sama seperti bumi yang sedang ligat berpusing ini... tetapi tetap pada paksinya."
"Bukankah agama ini untuk orang yang berakal?"
"Betul. Tetapi tidak semua perkara dapat dicapai oleh akal. Lebih-lebih lagi perkara-perkara yang ghaib, tidak akan terjangkau oleh akal. Syurga, Neraka, Titian Sirat, Mahsyar misalnya, wajib dipercayai dan diyakini tanpa perlu dilogik-logikkan lagi. Itulah iman."
"Ah, jauh kita menyimpang. Bukankah tadi kita berbincang tentang wanita yang baik? Saya ulangi, wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat, betulkan?"
"Separuh betul," jawab saya.
"Kalau dia wanita yang jujur, terus-terang, pemurah dan lemah lembut... ya dia 'baik' di sudut itu. Tetapi jika dia mendedahkan auratnya, dia telah melanggar perintah Allah di sudut yang lain. Dia 'tidak baik' di sudut berpakaian, kerana hukum menutup aurat telah termaktub dalam Al Quran."
Anak muda di hadapan saya muram. Nampaknya dia belum berpuas hati.
"Tetapi dia jujur, amanah..."
"Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah dan manusia. Menutup aurat perintah Allah."
Anak muda di hadapan saya masih tidak puas hati. Perlahan-lahan saya tusuk dengan hujah yang memujuk,  "namun percayalah jika benar-benar hatinya baik, insyaAllah lambat laun dia akan menutup aurat juga."
"Apa hujah ustaz? Pengalaman? Fikiran atau telahan?"
"Masih merujuk kepada Al Hadis."
"Hadis yang mana?"
"Hadis riwayat Bukhari mengisahkan seorang wanita pelacur berbangsa Yahudi yang telah memberi minum seekor anjing yang kehausan. Atas sebab sifat belas kasihannya itu dia mendapat hidayah lalu menjadi wanita yang solehah."
"Apa kaitan cerita itu dengan subjek yang kita bincangkan ini?"
"Secara tidak langsung  itu menunjukkan bagaimana jika hati seseorang mempunyai sifat-sifat baik seperti kasih sayang, belas kasihan dan pemurah, sekalipun kepada anjing, itu boleh menjadi sebab Allah kurniakan hidayah untuk dia beriman seterusnya menjadi wanita solehah."
"Maksud ustaz?"
"Jika seorang wanita itu benar-benar baik hatinya insya-Allah lambat laun dia akan menutup aurat walaupun sebelumnya tidak menutup aurat."
"Oh, begitu. Kenapa ya?"
"Allah menilai pada hati. Jika hati itu baik,  lambat laun hal-hal luaran pasti mengikutnya jadi baik."
"Apa pula pendapat ustaz tentang wanita yang menutup aurat tetapi akhlak dan perangainya buruk?"
"Bab aurat dia telah selamat. Alhamdulillah, kewajiban menutup aurat telah dipatuhinya. Apa yang tinggal... dia perlu membaiki akhlak dan perangainya. Dia perlu terus berusaha."
"Jika ada berpura-pura? Menutup aurat hanya untuk menunjuk-nunjuk atau sekadar tuntutan fesyen dan trend?"
"Hati manusia kita tidak tahu. Kita tidak tahu hati wanita yang menutup aurat tu jahat atau tidak, samalah seperti kita tidak tahu samada hati wanita yang tidak menutup aurat itu baik atau tidak. Soal hati hak Allah..."
"Tetapi katalah hati wanita yang menutup aurat itu benar-benar jahat..."
"Jika hatinya benar-benar jahat... lambat laun dia akan mendedahkan auratnya semula."
"Mengapa?"
"Menutup aurat adalah pakaian wanita yang solehah. Wanita yang jahat tidak akan mampu memakai pakaian wanita solehah."
"Patutlah saya lihat ada wanita yang dulunya memakai tudung labuh, tapi kemudiannya tudungnya semakin singkat, lama kelamaan mula memakai seluar ketat, kemudian berubah kepada memakai baju T sendat... lama-kelamaan bertudung ala kadar sahaja."
"Perubahan luaran gambaran perubahan hati. Yang tidak menutup aurat... akhirnya perlahan-lahan meningkat untuk menutup aurat kerana hatinya beransur jadi baik. Sebaliknya, yang menutup aurat... secara beransur-ansur akan mendedahkan auratnya jika kualiti hatinya semakin merosot."
"Siapa wanita yang paling baik?" tiba-tiba anak muda di hadapan saya bertanya sambil merenung muka saya. Serius dan tajam renungannya.
"Tentulah isteri-isteri dan anak-anak nabi Muhammad s.a.w." jawab saya pasti.
"Bagaimana pakaian mereka?"
"Tentu sahaja mereka menutup aurat. Dan mereka juga pasti memiliki hati yang baik. "
Kali ini dia pula terdiam. Melihatnya begitu saya terus mengasak, "kalaulah hati yang baik sahaja jadi pernilaian Allah, tentulah isteri-isteri dan anak-anak perempuan Rasulullah tidak perlu menutup aurat. Hati mereka sudah baik. Namun tidak begitu, hati yang baik bukan alasan untuk mendedahkan aurat."
"Wanita yang baik mesti menutup aurat?"
"Ya."
""Wanita yang jahat mesti mendedah aurat?"
"Tidak semestinya, kerana ada wanita yang berhati baik tetapi belum menutup aurat kerana mungkin dia sedang berusaha untuk mengatasi halangan-halangan luaran dan dalamannya untuk menutup aurat."
"Apa yang boleh kita katakan kepada wanita begitu?"
"Dia sedang berusaha menjadi wanita yang baik."
"Bagaimana pula dengan wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangainya? Wajarkah mereka mendedahkan aurat supaya tidak hipokrit."
"Perangai yang buruk bukan alasan mendedahkan aurat. Bagi mereka ini, tuntutan menutup aurat sudah ditegakkan, alhamdulilah. Tinggal satu lagi, tuntutan memperbaiki akhlak... itu sahaja yang perlu dilaksanakan. Satu selesai, tinggal lagi satu. Namun bayangkan jika disamping perangai buruk, mereka juga turut mendedahkan aurat ... Itu lebih buruk lagi. Dua perkara tak selesai, bab aurat dan bab perangai!"
"Jadi apa kita nak kata tentang wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangai ni?" Sekali lagi dia mengajukan soalan yang sama.
"Wallahua'lam. Boleh jadi mereka juga sedang berusaha mengatasi halangan dalaman dan luarannya untuk memperbaiki perangainya. Dan nauzubillah, boleh jadi juga iman mereka sedang merosot sehingga menjejaskan akhlak mereka... yang lama kelamaan jika tidak diatasi akan menyebabkan mereka kembali mendedahkan aurat!"
Dia senyum. Alhamdulillah.
"Saya tahu apa yang saya akan lakukan sekarang..."
"Kenapa? Mengapa? Punya kekasih tidak bertudung tetapi baik hatinya? Atau dikecewakan oleh wanita bertudung tetapi buruk perangainya?"
Soalan akhir itu tidak terluahkan oleh saya. Saya simpan sahaja di dalam hati. Biarlah anak muda ini belajar dari pengalamannya... insyaAllah esok apabila dia mengalaminya sendiri, dia akan ingat satu persatu apa yang didengarnya pada hari ini!

Thursday, May 3, 2012

- " Sesungguhnya aku sedang MENASIHATI kamu , BUKAN bererti akulah yg TERBAIK dalam kalangan kamu . BUKAN juga yang PALING SOLEH dalam kalangan kamu , kerana aku juga PERNAH MELAMPAUI BATAS untuk diri sendiri . Seandainya seseorang itu HANYA dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia sempurna , nescaya TIDAK akan ADA PENDAKWAH . Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan . "



* (Imam Hassan Al-Banna) * ;) ‎"






Petua org dulu2 bagi mereka yg sudah mmpunyai anak ♥ Berilah anak anda minum atau makan sisa makanan anda yang tinggal. Seperti contoh, berilah anak minum cawan yang sama anda minum di waktu sarapan pagi. Cara ini, supaya hati anak-anak sentiasa melekat pada ibubapa. Kesannya nanti, makin umur anak meningkat atau kita sendiri hati akan sentiasa dekat dan belas ihsan melihat ibubapa. Tetapi, kita sebagai ibubapa DILARANG untuk memakan sisa makanan anak, nanti kita pula yang mendengar kata anak-anak. Petua ini diamalk.an sejak lama dahulu, mungkin ada kesannya pada kehidupan kita hari ini."









Husband...

Be your wife's bestfriend, not just her husband.

Spend time together doing things that you both enjoy.
Share your interests and your thoughts.
Be open with one another and show that you can be a trusted confident. ♥♥♥



Thursday, March 29, 2012



Ya Allah . Jadikanlah anak2 kami di kalangan yg beriman dan beramal soleh..Aamiin




p/s- comel kan? :p hee

Sunday, March 25, 2012


Waiting For The Call Irfan Makki ft Maher Zain



Miles away, oceans apart    
Never in my sight but always in my heart
 The love is always there it will never die
 Only growing stronger a tears rose down my eye


 I am thinking all the time
 When the day will come
 Standing there before you
 Accept this Hajj of mine


 Standing in ihram, making my tawaf 
Drinking blessings from your well
 The challenges of safa
And marwah rekindles my imaan


O Allah! I've been waiting for the call Praying for the day
 when I can be near the Kabah wall
 O Allah! I've been waiting for the call Praying for the day
 when I can be near the Kabah wall 



 I feel alive and I feel strong
 I can feel Islam running through my Veins
 To see my muslim brothers,
 their purpose all the same Greeting one another,exalting one True Name 
I truly hope one day everyone will get a chance
 To be blessed by greatest honour
of being call to your noble house



 Standing in ihram making my tawaf
  Drinking blessings from your well
 The challenges of safa
And marwah rekindles my imaan


 O Allah! I am waiting for the call Praying for the day 
when I can be near the Kabah wall 
O Allah! I've been waiting for the call Praying for the day when I can be near the Kabah wall



very beutiful azan from malaysia....
islam, 1 4 3!!! :)



Hari ini, 22 Mac 2012 Genap sudah 8 tahun Syahidnya Bapa Intifadah Palestin iaitu As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin.Beliau dibunuh Zionis pada pagi 22 Mac 2004 ketika diperjalanan balik ke rumah selepas menyelesaikan Solat Subuh. Beliau merupakan Ketua/Pengasas HAMAS & Mursyid Am Ikhwan Al-Muslimin di Palestin.Semoga darah beliau menjadi baja pokok jihad & perjuangan kita — 
"sesungguhnya kepala yg ditusuk oleh besi adalah lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (HR;at tabrani dan baihaqi)

Tuesday, March 20, 2012

firman Allah di dalam surah at taubah ayat 111 yang bermaksud :

"sesungguhnya Allah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu  mereka membunuh ataupun terbunuh.(itu menjadi) janji yang benar daripada Allah di dalam taurat , injil , dan quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah ? bergembiralah dengan jual beli yang kamu lakukan itu , dan itulah kemenangan yang besar.
doa taubat Madrasah Aljunied Al-Islamiah 


Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla, walaa aqwaa ‘alaa Naaril Jahiimi. Allah, fahablii taubatan waghfir dzunuubii, fainnaka Ghafirun dzambil ‘adziimi

Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla, walaa aqwaa ‘alaa Naaril Jahiimi. Allah, fahablii taubatan waghfir dzunuubii, fainnaka Ghafirun dzambil ‘adziimi

Tuhanku aku tidak layak
untuk syurgaMu
tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu,
dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar........

Tuhanku aku tidak layak
untuk syurgaMu
tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu,
dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar........ 

Wednesday, March 14, 2012


KELEBIHAN ORANG-ORANG YANG MATI SYAHID (SYUHADA’)

“dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki;
(dan juga) mereka bersukacita Dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) Yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira Dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam Yang sedang berjuang), Yang masih tinggal di belakang, Yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (Iaitu) Bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
171. mereka bergembira Dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), Bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang Yang beriman”. AALI IMRAN=169-171
“dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam perjuangan membela ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang Yang hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya”. AL-BAQARAH=154

RasuluLLah saw bersabda;
Seorang yang mati syahid diberi enam perkara pada saat titisan darah pertama tumpah dari tubuhnya:
1. Diampunkan semua kesalahannya.
2. Diperlihatkan tempatnya di syurga.
3. Dikahwinkan dengan bidadari.
4. Diamankan daripada kesusahan keedahsyatan yang besar(pada hari qiamat).
5. Diselamatkan daripada seksa kubur.
6. Dihiasi dengan pakaian keimanan. [Hadith Riwayat Bukhari).

Hadis riwayat Anas bin Malik ra.: Dari Nabi saw. beliau bersabda: Tidak ada satu jiwa pun yang mati dan akan memperoleh kebajikan yang menggembirakannya di sisi Allah karena dia dapat kembali ke dunia bukan karena untuk memperoleh dunia serta isinya kecuali orang yang mati syahid. Karena ia berharap dapat kembali lagi lalu terbunuh lagi di dunia, melihat besarnya keutamaan mati syahid.
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 3488

Hadis riwayat Jabir ra., ia berkata: Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, di mana aku nanti bila telah mati terbunuh? Beliau menjawab: Di surga. Lelaki itu lalu segera melemparkan beberapa buah kurma yang berada di tangannya, kemudian ia berperang hingga gugur. Dalam hadis Suwaid: Seorang lelaki berkata kepada Nabi saw. pada waktu perang Uhud
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 3518


~Semoga ALLAH memilih kita sebagai syuhada’ satu masa nanti..AMIN

Saturday, February 25, 2012

Steps to Forgiveness by Wisam Sharieff

Steps to Forgiveness  by Wisam Sharieff
1)      Admit
If you commit a sin, admit that you committed that sin. This is easier said than done because as human beings we are prone to making excuses. If we are mean or rude to someone, we would rather blame that person for making us mad than admit that our actions our wrong. So we have to take responsibility of our actions in order to receive any forgiveness
2)      Apologize/Ask for an apology
After we admit we have done something wrong, we need to make dua for forgiveness, we need to ask Allah to forgive us. Allah is Al-Gafur, Allah is all forgiving and all merciful, but Allah does not have to forgive us, we have to ask for forgiveness. And when asking for forgiveness we need to be sincere, sincerity is key, and it will tell in your actions.
3)      Alter
After admitting and apologizing for our actions we should alter our actions, and this is a prelude to the last step. If we watched movies and ate lots of popcorn until 3 am in the morning and missed fajr, we should alter that habit in order to not miss fajr. If hanging out with a certain group of friends make us backbite other individuals, we should stay away from that group. We should enjoin what is good and forbid what is evil.
4)      Accept
After admitting, apologizing, and finding ways to alter our actions, we have to accept not to repeat the same mistake. Of course as humans we will slip up, but we must try as hard as we can to not repeat the same sin, over and over. So if we know that we cannot stay up until 1 am and pray fajr, than we should not stay up until 1 am because we do not want to miss fajr.

Friday, February 24, 2012


Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[1]


Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.


Rasulullah bertanya:Adakah kamu masih mempunyai ibu?
Jahimah menjawab: Ya.




Lalu Rasulullah bersabda:


“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.






Di antara ibu dan ayah, ibulah yang lebih berhak untuk menerima perhatian daripada seorang anak. Tidak sekadar itu, ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah sepertimana terbukti melalui hadis di atas. Syurga juga terletak di bawah kaki ibu, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis kedua di atas. Selain itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala juga telah mengkhususkan beberapa ayat-Nya di dalam al-Qur’an untuk ibu. Ini tidak lain menunjukkan betapa besar dan mulia kedudukan ibu di sisi Allah dalam peranannya melahirkan anak dan membesarkannya
 Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]




Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]






Terdapat beberapa sebab mengapa ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah:
  1. Ibu terpaksa menanggung pelbagai kesusahan, sama ada dari sudut fizikal mahupun mental, dalam proses mengandung seorang anak. Allah mengkhabarkan kesusahan ini dengan firman-Nya yang bermaksud: 
    …ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah…[al-Ahqaf 46:15]
  2. Kesusahan ketika mengandung semakin bertambah selari dengan pembesaran janin. Kesusahan yang semakin bertambah mengakibatkan seorang ibu menanggung kelemahan demi kelemahan: …ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan…
  3. Kesusahan ini mencapai tahap paling berat ketika hendak melahirkan anak tersebut: …dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Kesusahan ini diungkap oleh Allah dalam kisah Maryam ketika beliau hendak melahirkan ‘Isa:
    (Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!” [Maryam 19:23]


Berkenaan kesusahan yang amat berat saat hendak melahirkan, Abi Burdah radhiallahu 'anh pernah melihat Ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma dan seorang lelaki dari Yaman sedang tawaf di sekeliling Ka’bah.


Lelaki tersebut sedang mendukung ibunya lalu mengeluh:
Saya baginya bagaikan tunggangan yang hina.
Lalu dia bertanya: “Wahai Ibn ‘Umar! Apakah sudah aku balas budinya?
Ibn ‘Umar menjawab: “Tidak! Walaupun setarik nafasnya (yakni ketika ibunya sedang melahirkannya).




4. Setelah melahirkan, ibu benar-benar memberi perhatian kepada anaknya. Seandainya anaknya tidak sihat atau hilang sekejap daripada perhatiannya, nescaya dia menjadi bimbang. Apatah lagi jika anaknya dijauhkan daripadanya, seorang ibu akan teramat berdukacita sehingga hatinya menjadi kosong, sehinggalah anaknya dikembalikan kepadanya.Kenalilah perhatian seorang ibu terhadap anaknya berdasarkan kisah berikut daripada al-Qur’an, ketika Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintah ibu Musa untuk menghanyutkan anaknya (Musa) agar dia (Musa) tidak ditangkap dan dibunuh oleh Fir’aun:
Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: “Susukanlah dia; dalam pada itu jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan)
lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang daripada Rasul-rasulKami.
Setelah itu dia (Musa) dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya
adalah golongan yang bersalah.


Dan (ketika melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Fir’aun:  “(Semoga dia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya;mudah-mudahan dia berguna kepada kita atau kita jadikan dia anak.”


Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya)Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya dia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah dia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah).


Dan berkatalah dia kepada kakak Musa: 
“Pergilah cari khabar beritanya.” (Maka pergilah dia) lalu dilihatnya dari jauh sedang orang ramai tidak menyedarinya.


Dan Kami jadikan dia (Musa) dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan halnya itu), kakaknya berkata (kepada isteri Fir’aun):
“Mahukah aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?”
Maka (dengan jalan itu) Kami kembalikan dia kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinyadan tidak berdukacita (disebabkan bercerai dengannya); dan supaya dia mengetahui bahawa janji Allah (untuk menyelamatkannya) adalah benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui
(yang demikian itu). [Maksud surah al-Qasas 28:7-13]




5. Sekalipun dengan segala pengorbanan ibu daripada saat mengandung hinggalah kepada membesarkan,seorang anak lazimnya akan lebih cenderung untuk meremehkan ibunya berbanding ayahnya. Faktor penyebab adalah sama ketika menjelaskan bab sebelum ini berkenaan mengapa ibu dikhususkan daripada ayah dalam larangan menderhaka. Sifat kewanitaan seorang ibu yang lemah lembut dan peranannya yang “hanya di rumah” menyebabkan sebahagian anak-anak tidak menghormati ibu mereka dan justeru melecehkan tuntutan berbuat baik kepadanya.


Lima sebab di atas, paling kurang, menjelaskan mengapa Allah dan Rasul-Nya mengkhususkan seorang ibu di atas seorang ayah. Malah hadis yang asal dalam perbincangan ini memberi hak tiga kali ganda lebih besar kepada seorang ibu berbanding seorang ayah. Oleh itu dalam rangka berbuat baik kepada ibubapa, hendaklah kita memberi perhatian dan keutamaan kepada ibu.

Mengambil iktibar daripada kisah para sahabat Rasulullah, seorang lelaki pernah bertanya kepada Ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma,

Saya meminang seorang wanita tetapi dia menolak pinangan aku. Setelah itu datang orang lain meminangnya lalu dia menerimanya. Saya menjadi cemburu kepadanya dan saya membunuhnya. Apakah ada taubat untuk saya?




Ibn ‘Abbas bertanya: Apakah ibu kamu masih hidup?


Dia menjawab:Tidak.”


Ibn ‘Abbas berkata:Bertaubatlah kepada Allah dan mendekatlah kepada-Nya semampu mungkin.


Atha’ bin Yasar (yang hadir sama saat itu) bertanya kepada Ibn ‘Abbas:Mengapa engkau bertanya kepada lelaki tersebut sama ada ibunya masih hidup?


Ibn ‘Abbas menjawab:Saya tidak tahu perbuatan yang paling mendekatkan (seseorang) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala melainkan berbakti kepada ibu.